Friday, July 01, 2011

KASIH SAYANG BERDASARKAN 12 ZODIAK

Capricorn
Mudah jatuh cinta.
Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
Pandai mengambil hati pasangannya.
Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekiranya pasangannya cemburu terhadapnya.
Bakal menjadi bapa atau ibu yang penyayang.
Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Aquarius
Sukar untuk jatuh cinta.
Amat hormat pada pasangan.
Amat suka memikat pasangan.
Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya.
Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran. (hanya pasangannya yang tahu)
Patuh pada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Pisces
Mudah menawan hati pasangannya.
Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
Amat sukar untuk melupakan pasangan yang dicintai.
Perasaan cemburu yang minima.
Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

Aries
Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
Sukar dan malu dalam meluahakan isi hati.
Amat cemburu dalam perhubungan.
Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
Sentiasa menjaga hati pasangannya dan pandai memujuk.
Sentiasa ingin diberi perhatian.
Romantik dan terlalu romantik.
Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
Sukar berlaku curang dan amat menyintai pasangan.

Taurus
Amat mudah untuk jatuh cinta.
Pandai menarik hati pasangan.
Mudah untuk dipujuk.
Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Contol atau King Control).
Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
Ambil berat dalam menjaga hubungan.
Baik dan jujur dalam hubungan.
Perasaan cinta yang mendalam.
Mudah menerima cinta seseorang.

Gemini
Amat pandai dalam menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
Cerewet dalam hubungan.
Selalu beremosi.
Mudah merajuk dan mudah dipujuk.
Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
Elok untuk menjadi ibu yang baik.
Dahagakan pujian dari pasangan.

Cancer
Amat suka didampingi pasangan.
Sukar dimengerti oleh pasangan.
Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
Amat mudah dipujuk dan berterus-terang.
Amat menghargai kesetiaan pasangan.
Mengambil berat dan mengasihi pasangan.
Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
Suka merajuk dan dipujuk.
Setia terhadap pasangan.
Suka mendengar dan tidak suka membantah.
Cemburu terhadap pasangan.
Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Leo
Pandai memujuk pasangan.
Suka memimpin pasangan.
Romantik, Pengasih dan Penyayang.
Kelam kabut dalam perhubungan.
Sangat sensetif.
Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenaan.

Virgo
Bersopan dalam hubungan.
Bertolak ansur terhadap pasangan.
Suka mengkritik pasangan.
Sangat prihatin terhadap pasangan.
Sangat sensitif dan emosi.
Pandai memahami pasangan.
Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
Pandai menyimpan perasaan.
Suka berterus-terang jika perkara itu tidak dipersetujuinya.

Libra
Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
Sopan terhadap pasangan.
Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
Emosi yang mudah terusik.
Pengasih dan penyayang terhadap pasangan.
Cemburu dan terlalu cemburu.
Romantik
Memahami pasangan.

Scorpio
Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
Amat berahsia dengan pasangan dan siapapun.
Agak degil dan kuat pendirian.
Mudah ambil berat terhadap pasangan.
Emosi yang mendalam.
Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Sagittarius
Pemurah terhadap hubungan.
Mudah untuk jatuh cinta dalam masa yang sama.
Tergesa-gesa dalam perhubungan.
Suka didampingi oleh pasangan.
Benci bila dikongkong.
Berbakat untuk kawin lebih dari satu. (untuk lelaki).
Suka mempengaruhi pasangan.

No comments:

Post a Comment