Friday, July 01, 2011

KEMARAHAN MENGIKUT HOROSKOP ANDA

Aries
Tidak ada apa-apa kelihatan seperti membangkitkan kemarahan anda lebih daripada kekurangan disiplin, kesetiaan dan kesopanan. Tetapi golongan bintang ini juga dikenali mudah berang apabila dicabar. Mereka yang telah menerima kemarahan Aries tahu bahawa jika tidak ditenangkan mereka boleh menjadi lebih ganas. Hanya satu perkara yang pasti iaitu jika lawannya bertenang dan tidak melawan kemarahan mereka, golongan Aries akan reda dengan cepat. Mereka juga adalah yang pertama meminta maaf, yang membuat mereka lebih mudah untuk dimaafkan.

Taurus
Anda biasanya senyap dan mempunyai kawalan yang lebih terhadap emosi anda. Sukar untuk meramal apa yang akan membuat anda marah. Panas baran anda bagaikan seekor lembu jantan yang naik radang, dan sesiapa yang cuba menenangkan anda akan menjadi orang pertama untuk di marah. Biasanya anda akan marah apabila ada orang menuduh anda melakukan sesuatu yang salah. Anda juga benci jika diingatkan tentang kesalahan-kesalahan anda yang lalu dan mempunyai potensi menjadi seorang pendendam.

Gemini
Anda dikenali dengan sifat anda yang riang dan sifat anda yang bertukar menjadi marah. Sebenarnya, anda adalah orang yanga terbaik sebagai teman kerana apabila jika berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan di sebuah majlis, pasti anda boleh membawa mereka yang bermusuhan bersama semula tetapi apabila anda hilang sabar, anda berteriak dan menjerit dan tidak akan dengar cakap orang. Anda pasti ingin menang jika bertekak dengan agresif hanya boleh ditandingi dengan daya penarik anda.

Cancer
Memandangkan bagaimana menarik, penyayang dan baik hati anda, anda tidak suka pemandangan yang kurang menyenangkan. Anda sering kali bertoleransi dan jarang sekali diusik sehingga hilang sabar. Jika ada seseorang cuba untuk membuat kacau, kemungkinan besar anda akan pergi begitu sahaja. Itu tidak bermakna anda tidak mempunyai kemarahan. Ketika marah, semasa mengawal emosi, anda menggeletar, tangan akan berpeluh dan kadang-kala anda tidak terkata-kata. Anda mudah mengalirkan air mata. Jadi lawan anda akan terharu dengan diri anda dan akan cuba meminta maaf dengan segera.

Leo
Jika ada sesiapa yang mempunyai kawalan menyeluruh ke atas emosi mereka, ia adalah anda. Tetapi anda boleh digambarkan sebagai keras, kejam, tidak peduli, kurang spontan dan langsung tidak peduli tentang pendapat orang lain. Anda tidak akan menerima jemputan ke sebarang majlis jika oramg yang anda tidak sukai juga hadir. Kecuali kehadiran anda kelihatan mencabar bagi orang lain. Ketika marah anda boleh menggunakan bahasa kritikal. Sesuatu yang berlaku boleh menghina lawan anda, menyebabkan satu tekanan antara anda berdua selama-lamanya.

Virgo
Anda lembut dan mempunyai kawalan penuh keatas emosi anda tetapi jika anda berserah pada sifat panas baran anda, anda boleh menjadi sangat garang. Apabila melihat perkara lain dengan perasaan marah, anda berteriak dan menjerit dan cenderung memecahkan benda berhampiran. Anda juga mungkin mencederakan diri anda. Anda tidak patut melibatkan diri dengan sebarang perbalahan kerana memang akan kalah. Anda merakan bahawa orang lain cuba untuk menganiayai anda dan tidak menghormati pendapat anda. Bila dicederakan, anda akan menyimpan dendam buat selama-lamanya.

Libra
Adakah seseorang mengatakan bahawa anda zodiak yang paling menarik sekali? Baik, ia adalah benar. Anda jarang marah kerana sangat mementingkan imej dan anda percaya bahawa kemarahan akan memburukkan muka dan personaliti anda serta kemarahan bukanlah diri anda. Tetapi keluarga atau mereka yang sangat dekat dengan anda lebih mengenali anda. Anda mempunyai satu kemarahan yang tiada tandingan di kalangan semua zodiak, dan apa yang membuatkannya lebih teru adalah keupayaan anda untuk mengubahnya.

Scorpio
Memang anda tidak akan kesabaran anda. Tapi sikap anda yang sebenar ialah angkuh, megah dan menghina manusia yang kekurangan. Anda tidak sabar untuk memarahi orang pertama yang cuba untuk bergurau dengan anda. Anda gemar memilih kawan-kawan dan mempunyai toleransi yang rendah. Suara anda cenderung untuk menjadi ntaring dan kuat dan anda benci menjadi perhatian! Apabila marah, anda menjadi marah dengan diri sendiri kerana menunjukkan diri tidak terkawal adalah perkara terakhir yang ingin dilakukan.

Sagittarius
Anda tidak sedar dan biasanya tidak mempunyai kawalan penuh keatas emosi-emosi anda. Anda boleh marah dengan cepat dan orang lain berasa kagum dengan tahap kemarahan anda walaupun diusik. Sebenarnya, anda menjadi kaku apabila marah dan menunggu orang lain bertenang. Kemudian akan cuba meyakinkan orang lain dalam satu cara yang sangat lembut bahawa semua perkara yang dilakukannya adalah satu kesilapan. Anda juga berkemungkinan untuk memutuskan hubungan dengan seseorang apabila anda marah dengan mereka.

Capricorn
Orang yang praktikal dan mementingkan kebendaan seperti anda berupaya menunjukkan emosi tulen. Anda menunjukkan imej luar yang tabah tetapi sebenarnya sangat sensetif, sifat yang berjaya anda sembunyikan dari orang lain. Anda dapat melihat sesuatu perkara dengan kemarahan tetapi tidak akan mengkhianati perasaan anda. Ada masanya anda tidak dapat mengawal kemarahan. Di dalam kemarahan seperti ini, anda boleh menjerit, malah dengan kekecewaan berkenaan keadaan ini berbanding memarahi orang tertentu. Kemarahan anda boleh mengejutkan oarng lain dan juga rasa bersalah.

Aquarius
Anda adalah mulia dan baik hati dan tidak suka hilang kawalan ke atas emosi anda. Adalah amat jarang untuk anda berasa berang. Anda juga merupakan penenang di dalam situasi-situasi yang melibatkan perbalahan.Selalunya anda akan cuba menjadi sempurna dari segi sosial dan tingkah laku anda,tetapi jika disalah faham dan terhina,anda akan mengalah pada kemarahan anda.Anda akan menjerit kemudian pergi begitu saja.Andatidak boleh lupa dengan mudah perkara tersebut dan ia menjadi pahit dalam masa yang lama.

Pisces
Cuma satu perkara saja yang boleh dikatakan tentang anda ialah anda kelihatan lebih menarik ketika marah.Anda mementingkan perasaan orang lain,jadi jarang sekali anda akan menyakitihati mereka.Tetapi apabila orang lain cuba mencederakan anda,anda akan menjerit denga kata-kata kesat dan sukar untuk memaafkan.Anda mula menjadi dramatik,enggan untuk menerima penjelasan dan mahu ditinggalkan keseorangan.Tetapi sebaik saja ditenangkan,anda melupakan segala-galanya dan meminta maaf.Jadi,tiada siapa yang boleh marah dengan anda pada masa yang lama.

No comments:

Post a Comment