Friday, July 01, 2011

MAKANAN DAN 12 ZODIAK

Aquarius
Individu di sekeliling anda ternyata menyukai sikap anda yang gemar berjenaka. Sekiranya menghadiri pesta atau jamuan tertentu anda sering memilih makanan yang tidak menjadi kegemaran para tetamu yang hadir. Anda juga dikategorikan sebagai individu yang gemar mencuba. Adakalanya masakan yang anda cuba agak pelik dan tidak pernah di buat orang.

Taurus
Aroma masakan sering membuat anda tidak dapat menahan selera makan anda. Anda rela menghabiskan waktu yang agak lama untuk benar-benar menikmati makanan kegemaran anda.

Leo
Anda amat menggemari makanan-makanan mewah. Oleh itu, anda sukar untuk mengikut jadual diet. Anda hanya menyukai makanan tertentu dan terus membenci makanan-makanan yang tidak tergolong dalam kategori makanan kegemaran anda.

Scorpio
Misteri dan membingungkan, itulah keperibadian anda. Makanan yang kaya dengan rempah-ratus menjadi kegemaran anda. Anda tidak risau mengenai berat badan kerana anda percaya bahawa ghairah hidup yang menyala-nyala akan turut membakar lemak di dalam tubuh anda.

Pisces
Anda suka menu makanan siang yang banyak mengandungi air dan sebelah malamnya pula anda gemar menikmati makanan- makanan yang berminyak dan bersos.

Gemini
Bijak berkomunikasi dan gemar bercakap. Ketika mulut penuh dengan makanan pun tetap bercakap. Bagi anda, makan boleh berhenti tapi bercakap harus diteruskan!

Virgo
Bentuk badan sempurna penting bagi anda. Anda sering memeriksa label nutien yang terdapat pada bungkusan makanan yang anda pilih. Anda gemar makan makanan yang sempurna dan semulajadi. Anda tidak suka makanan ringan!

Sagittarius
Anda memang gemarkan cabaran. Malah makanan kegemaran biasanya lain dari yang lain. Anda gemar mencuba sesuatu resipi yang baru kerana anda memang gemarkan kelainan.

Aries
Kerana terlalu sibuk beraktiviti, anda tidak berkesempatan memikirkan soal makan. Kebiasaannya anda akan makan setelah perut anda benar-benar lapar atau berbunyi-bunyi sebagai isyarat bahawa telah tiba waktu makan.

Cancer
Disebabkan sikap anda yang sukar untk diramal secara tidak langsung membuatkan jadual pemakanan anda berubah-ubah. Anda makan sesuka hati, ada kalanya anda hanya makan dua kali dalam sehari.

Libra
Sikap ideal anda ada kalanya menjadikan anda agak kaku. Setiap kali makan anda inginkan hidangan itu disajikan dengan cantik, kemas, bersih dan sempurna. Hanya disebabkan sedikit kesalahan, ia akan turut memberi kesan kepada emosi anda. Anda suka makan perlahan-lahan kerana setiap suapan yang masuk ke mulut akan anda nikmati sepenuhnya.

Capricorn
Anda adalah individu yang berwawasan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Anda suka makan secara bersederhana dan mengambil makanan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Anda juga hanya setia kepada sesuatu produk makanan sahaja.

No comments:

Post a Comment