Friday, July 01, 2011

PERKARA APAKAH YANG 12 ZODIAK MELAKUKANNYA DENGAN MUKA YANG TEBAL?

Aries
Jangan ingat budak yang naif tak tahu nak tawar-menawar! Mereka akan buat-buat tak nampak harga yang berada di barangan itu. Mereka akan membayar wang yang tidak mencukupi. Kemudian Aries akan memberitahu anda bahawa dia menumpang di rumah orang, mempunyai masalah. Tujuan Aries hanyalah ingin mendapat simpati daripada penjual saja.

Taurus
Taurus sanggup melakukan apa saja demi mendapat apa yang dia inginkan. Walaupun beliau amat mementingkan maruah, namun beliau sanggup mengenepikan soal maruah dan air muka terutama dalam soal cinta. Hanya beliau saja yang boleh mengucapkan selamat tinggal. Sekiranya si dia yang cakap bye bye dulu, maka Taurus akan merayu sehingga si dia terima dia balik. Lepas tu Taurus akan meninggalkan si dia begitu saja.

Gemini
Jangan anda mengajak Gemini pergi berkaraoke. Sebaik saja masuk ke dalam KTV, mikrofon adalah menjadi milik Gemini. Tak kira siapa yang pilih untuk dinyanyi, dia tetap tak sedar diri menyanyi. Alangkah bagus sekiranya terdapat seseorang yang berani mengheretnya keluar dari bilik KTV.

Cancer
Berhati-hati dengan soal percintaan Cancer! Jangan anda ingin dia menangis maka dia adalah mangsa. Sebenarnya dia bukan mangsa tapi sebaliknya ialah “pembunuh cinta”. Dia mempunyai 1001 alasan untuk melindungi diri sendiri apabila menjadi pihak ketiga dalam rumahtangga ataupun percintaan orang lain.

Leo
Rasanya tak ada orang yang akan angkat tangan secara suka rela nak jadi ketua tingkatan. Tak lain tak bukan orang itu mesti Leo. Bukan saja jawatan ketua tingkatan, jawatan-jawatan dalam kelab ataupun persatuan, Leo pun akan mengesyorkan dirinya. Tak kira Leo yang anda kenal itu berbadan besar ataupun berbadan kecil, dia tetap sangat berani dan tak tahu malu. Inilah tanggapan pertama anda pada dia.

Virgo
Virgo pasti akan tawar menawar apabila menaiki teksi. Muka tebal tak? Perkhidmatan pemandu teksi yang tidak bagus, melanggar lampu isyarat dan sebagainya pasti akan diadu oleh Virgo. Jangan risau, dia bukan pegawai JPJ, dia cuma nak anda memberi diskaun tambang. Anda jangan bertindak tidak sopan dengannya, dia akan mencatat no plat teksi anda kemudian membuat aduan di persatuan teksi.

Libra
Libra mempunyai perasaan tidak percaya dalam perkahwinan. Maka dia akan menggunakan alasan ini untuk berlaku curang pada pasangannya. Selepas berlaku curang pada pasangannya, dia langsung tidak rasa bersalah. Seolah-olah apa yang dia lakukan adalah betul. Ini bukan lagi perkara yang muka tebal tapi perkara yang melampau!

Scorpio
Scorpio mempunyai kebijaksanaan dan IQ yang tinggi. Namun mereka telah menyalahgunakan kepakaran yang ada padanya. Mereka akan menciplak karya orang lain kemudian mengatakan dia yang membuat rekaan itu. Selain itu, mereka juga suka menterbalikkan fakta.

Sagittarius
Ia adalah mimpi ngeri sekiranya makan bersama-sama dengan Sagittarius terutamanya makan buffet. Sagittarius akan mengumpul makanan di dalam pinggannya umpama bukit kecil. Kemudian mereka akan keluarkan bekas dan tuang makanan ke dalam bekas itu. Dia akan cepat-cepat masukkan bekas itu ke dalam begnya. Kemudian beliau akan mengulang langkah yang sama sehingga ditegur oleh pelayan.

Capricorn
Capricorn mempunyai kaliber dan kewibawaan. Namun beliau suka main tikam belakang. Dia suka serang dari belakang. Dia juga suka menafikan perkara yang telah dilakukan. Dia langsung tidak rasa segan apabila bercakap bohong. Cuma orang di sekelilingnya tidak ingin membongkarnya saja.

Aquarius
Apabila berlaku sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh Aquarius, Aquarius akan menyalahkan orang lain dan menuding jari kepada orang lain. Dia tidak akan mengaku kesilapan yang dilakukannya. Kesimpilannya, dia tidak bersalah. Dia betul dalam semua hal dan perkara. Anda dinasihatkan jangan membazir tenaga anda bertengkar dengannya.

Pisces
Pisces sentiasa bertindak mengikut kesukaannya. Dia boleh meninggalkan tugasan ataupun kerja yang diberi kepadanya begitu saja. Faktpr utama dia tidak bertanggungjawab ialah dia ingin tidur. Dia tanpa berasa malu memberitahu anda bahawa sudah tiba masa untuk dia berehat. Apa yang boleh dilakukan hanyalah melihat dia jalan pergi!

No comments:

Post a Comment