Friday, July 01, 2011

12 ZODIAK.... WANITA KALAH DI TANGAN MUSUH CINTA ZODIAK APA? (WANITA)

Cancer
Cancer kalah di tangan Leo. Wanita Cancer mengejar kehidupan yang mewah. Ia secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada kekasihnya. Wanita Leo pula lebih realistik dan tidak terlalu mementingkan kebendaan berbanding dengan Cancer. Wanita Leo mencintai si dia sehingga sanggup hidup dalam kesederhanaan ataupun dalam kemiskinan.

Taurus
Taurus kalah di tangan Gemini. Wanita Taurus mempunyai pendirian. Dia tidak mudah berubah atas pandapat orang lain. Dia hidup menggunakan cara tersendirinya. Tapi, wanita Gemini lebih menarik berbanding dengan wanita Taurus. Wanita Gemini sering menghiburkan hati orang lain. Malah mempunyai idea yang pelikpelik dan mudah untuk berkomunikasi.

Gemini
Gemini kalah di tangan Pisces. Sebaik saja percintaan menjadi kukuh dan mantap, wanita Gemini akan menunjukkan belangnya. Dia mulalah mengawal kekasihnya. Namun wanita Pisces pula mengambil berat dengan si dia dan sanggup menghabiskan masa untuk si dia saja. Selain prihatin, wanita Pisces juga sentiasa memenuhi permintaan si dia.

Scorpio
Scorpio kalah di tangan Cancer. Wanita Scorpio sering membuat kekasihnya mempunyai perasaan kegagalan. Wanita Scorpio terlalu mementingkan kerjaya. Kedua, wanita Scorpio inginkan kekasihnya mengaku kesalahan apabila bersalah. Dia akan memarahi kekasihnya tanpa menjaga maruah kekasihnya. Manakala, wanita Cancer pula membuat seorang lelaki berasa sangat berguna. Mereka sering memuji kaum lelaki dan membuat kaum lelaki bangga.

Libra
Libra kalah di tangan Sagittarius. Wanita Libra tidak ada perasaan selamat. Jadi, mereka sentiasa ingin berada di sisi kekasih. Walaupun mereka tengah membeli belah bersama-sama dengan kawan, mereka tetap akan menelefon kekasih untuk mengetahui apa yang kekasih mereka lakukan. Kekasih Libra pasti akan jatuh cinta kepada wanita Sagittarius yang lebih berdikari dan memberi ruang kepada kaum lelaki.

Aquarius
Aquarius kalah di tangan Aries. Wanita Aquarius mudah mencintai seseorang. Dia akan menaruhkan hati 10% kepada kekasihnya. Dia sering mengesyaki dan tidak yakin dengan kekasihnya dan juga dirinya. Mereka sering menyiasat apa yang dilakukan oleh kekasihnya. Hal ini pasti akan menimbulkan tekanan yang besar kepada kaum lelaki. Sebaliknya, wanita Aries lebih naif. Dia amat percaya kepada kekasihnya walaupun kekasihnya menipunya.

Aries
Aries kalah di tangan Scorpio. Wanita Aries lebih lebih berterus terang, manakala wanita Scorpio lebih pemalu. Wanita Scorpio akan memerhatikan keadaan dulu sebelum bertindak. Wanita Aries pula terlalu kebudak-budakan. Maka, lelaki mudah terpikat pada wanita Scorpio yang lebih matang berbanding Aries.

Sagittarius
Sagittarius kalah di tangan Aquarius. Wanita Sagittarius bukannya tidak mementingkan hubungan percintaan dan kekasihnya. Tapi, dia terlalu ego sehingga tidak mahu bermanja-manja dengan kekasih. Wanita Aquarius pula sanggup melayan kaum lelaki. Mereka amat menitik berat percintaan dan sanggup melakukan apa-apa saja.

Pisces
Pisces kalah di tangan Capricorn. Wanita Pisces sering berubah-ubah. Hati mereka tidak tetap dan mudah bergoyang. Wanita Capricorn pula tidak pernah berubah. Oleh yang demikian, kaum lelaki telah lama bersabar dengan kerenah wanita Pisces pasti akan tertarik dengan personaliti waita Capricorn yang mempunyai pendirian diri.

Capricorn
Capricorn kalah di tangan Libra. Wanita Capricorn mempunyai prinsip dan kelihatan sangat dingin. Mereka tidak mesra seperti wanita Libra dalam apa jua keadaan. Wanita Libra pula tahu bagaimana nak ambil hati kekasih dan menghiburkan hati kekasih.

Virgo
Virgo kalah di tangan Taurus. Wanita Virgo lebih menyerupai seorang ibu berbanding kekasih kepada si dia. Wanita Virgo suka membebel, menasihati, meleter dan terlalu bimbang. Wanita Taurus lebih senyap berbanding wanita Virgo.

Leo
Leo kalah di tangan Virgo. Virgo muda berkomunikasi dengan kaum lelaki dan tahu menghormati kaum lelaki. Wanita Leo pula adil dan saksama. Wanita Leo melayan semua orang adalah sama termasuklah kekasihnya. Namun, wanita Virgo pula sanggup mengubah diri sendiri demi si dia.

No comments:

Post a Comment