Friday, July 01, 2011

CARTA BANGUN PAGI 12 ZODIAK

Capricorn
Capricorn tetap akan bangun awal walaupun tak ada kerja-kerja yang nak dibuat. Mereka sangat menepati masa. Jadi bangun awal untuk buat persediaan supaya tidak terlambat untu ke sekolah ataupun pejabat.

Cancer
Cancer yang sayang pada ahli keluarga pasti akan menyediakan sarapan pagi untuk keluarga tercintanya. Selepas makan, mereka juga merupakan seperti orang gaji yang akan membersuhkan semula meja makn tersebut.

Taurus
Taurus merupakan pakar makan, mereka amat cerewet dalam bab-bab makan. Sarapan pagi mereka bukan senang untuk disediakan. Jadi mereka akan bangun awal semata-mata nak menyediakan sarapan pagi yang disukai.

Virgo
Virgo seorang yang mempunyai tabiat yang sangat mementingkan kebersihan tak kira sama ada luaran ataupun dalaman. Jadi mereka nak bangun awal pada waktu pagi semata-mata mahu mandi sebersihnya dan menghiaskan diri mereka agar tiada tanggapan buruk dari orang sekeliling.

Leo
Leo amat mementingkan air mukanya. Mereka kebiasaannya selalu bangun pagi bukan kerana mereka rajin tapi nak menghiaskan diri mereka dengan sempurna sehingga mereka berpuas hati sebelum keluar rumah.

Libra
Libra sangat mementingkan kecantikan. Walaupunmereka sangat terkenal dengan kemalasan mereka, namun mereka sanggup mengorbankan masa tidur mereka demi nak bersolek.

Aquarius
Aquarius tahu mengawal masa bangun pagi. Sekiranya tiada kerja yang hendak dilakukan, mereka tidak akan tidur awal. Mereka tidak suka tidur lewat kerana ia menyebabkan mereka melakukan persiapan secara tergesa.

Gemini
Gemini sangat bijak. Mereka akan tidur sepuas-puasnya sekiranya tiada perkara yang nak dilakukan pada sebelah pagi. Jadi mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk bermain di sebelah petang.

Aries
Aries tidak akan menghabiskan masa ke atas persolekan dan persiapan diri. Mereka juga sangat laju ketika makan sarapan pagi. Jadi mereka tidak kisah kalu bangun lebih lambat dari hari biasa ataupun orang lain.

Sagittarius
Sagittarius bukannya malas tapi sangat cuai. Mereka sering lupa untuk set masa pada jamloceng. Maka mereka sering terlajak tidur dan ia adalah perkara yang biasa bagi Sagittarius. Ia sudah tidak dapat dielakkan.

Scorpio
Scorpio akan menjadi semakin cantik pada sebelah malam. Jadi mereka sering bergiat aktif pada sebelah malam. Bila orang lain bangun pagi,mereka baru nak tidur... Kehidupan terbalik dengan orang lain.

Pisces
Ingin di tegaskan disini, Pisces bukannya pemalas. Mereka adalah golongan yang sangat suka membuat mimpi. Mereka akan rasa kerugian besar sekiranya terpaksa mengorbankan masa mimpi.

No comments:

Post a Comment