Friday, July 01, 2011

RAGAM 12 ZODIAK KETIKA MANDI

Aries
Saya nak cuci bersih-sebersihnya dan berbau wangi supaya si jejaka tertarik pada saya...” Inilah khayalan Aries ketika mandi. Selalunya mereka belum keringkan rambut dah meluru keluar dari bilik air dan ingin menuju ke tempat yang ingin ditujui ketika berkhayal dalam bilik air.

Taurus
Jangan salah sangka kepada sifat Taurus yang kedekut kerana ingin menjimat air dan menggunakan tektik “Mandi sepantas kilat”. Sebenarnya Taurus yang suka akan keselesaan akan membeli satu tab mandi yang besar (lebih baik yang boleh mengurut). Kemudian mereka akan berendam dalam air dan berehat.

Gemini
Gemini yang cerdik tapi suka membuat perkara jahat pati tidak akan melepaskan peluang keemasan ini (mandi). Hoho... Mereka akan meletak minyak angin di tuala abangnya, masukkan air dalam syampu adiknya. Kemudian sembunyikan pencuci muka kakaknya. Gemini akan menjadi sangat sibuk di dalam bilik air berbanding dengan orang lain.

Cancer
Siapakah yang akan tolong anda gosok badan? Tak payah di tanya lagi, orang itu pasti ialah Cancer. Cancer pandai menjaga hati orang lain, maka mereka akan mengosok badan anda sehingga tiada sebarang daki pun terlekat. Tapi, anda kena mengucapkan terima kasih kepadanya kerana ia bermakna anda berpuas hati dengan servisnya.

Leo
Leo yang telah biasa menjadi pemimpin sangat berharap ketika bermandi pun terdapat orang yang melayannya. Contohnya, orang A bertanggungjawab mengambil tuala bersih, orang B bertanggungjawab masukkan air panas dalam tub, orang C menyediakan pakaian bersih... Seelok-eloknya tempat mandinya sebesar kolam renang.

Virgo
Zodiak mana satukah yang paling suka mandi? Jawapannya pasti Virgo kerana Virgo paling suka akan kebersihan. Tak kira Virgo lelaki ataupun wanita pun suka mandi untuk bersihkan diri mereka. Jangan ingat Virgo akan menghabiskan masa yang lama untuk mandi. Virgo boleh membersihkan diri menjadi wangi dalam masa yang singkat.

Libra
Libra bukan saja seorang yang bersistematik di luar, dalam bilik air Libra pun sama. Mereka dengan sistematik membersihkan diri dari hiujung rambut hinggalah hujung kaki. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka berada lama dalam balik air. Jangan anda seskali menggesanya cepat keluar dari bilik air. Anda pasti akan dimaki hamun.

Scorpio
Selain Virgo, Scorpio ialah zodiak yang paling mementingkan kebersihan. Mereka bukan takat membersihkan diri mereka, mereka juga akan turut membersihkan bilik air sebelum mandi. Barulah mereka berasa berpuas hati sekiranya mandi di dalam bilik air yang bersih.

Sagittarius
Sagittarius yang suka bermain kena mandi mandi selalu. Ini kerena mereka kuat berpeluh. Maka mereka kerap mandi untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Satu tabiat buruk Sagittarius ialah sering lupa membawa tuala ketika mandi. Maka orang lain terpaksa mengambil tuala untuknya selepas dia selesai mandi.

Capricorn
Anda pasti tidak pernah dengar bahawa mandi pun kena ikut perancangan. Tapi ini adalah stail untuk anda yang bernaung di bawah bintang Capricon. Mereka tidak pernah mengubah masa mandi yang telah ditetapkan dari dul lagi. Tak kira apa yang berlaku, mereka tetap akan mandi pada masa yang telah ditetapkan.

Aquarius
Aquarius sangat suka mandi.Mereka juga seperti Gemini suka main-main di dalam bilik air.Perbezaannya ialah Gemini mengenakan orang lain tetapi Aquarius pula menjadikan dirinya sendiri sebagai bahan eksperimen.Contohnya,susu campur dengan sabun,adakah dapat memberi kesan yang memuaskan.

Pisces
Air merupakan dunia Pisces.masa yang paling gembira untuk Pisces ialah masa mandi.Mereka akan mengambil masa yang lama untuk mandi berbanding dengan orang lain.Mereka cuci rambut berkali-kali,gosok badan berkali-kali dengan menggunakan sabun yang pelbagai perisa seperti strawberry,oren,epal dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment