Friday, July 01, 2011

12 ZODIAK MANAKAH YANG BERANI MENGAMUK DENGAN BOS

Aries
Aries ialah antara zodiak yang berkemungkinan mengamuk dengan bosnya. Kelemahan mereka ialah terlalu degil dan keras kepala. Sekiranya kerja mereka dikritik ataupun diperbetulkanoleh majikan. Mereka juga mungkin akan membaling barang dan pergi begitu saja.

Taurus
Taurus mempunyai semangat mengorbankan dirinya demi mengecapi kejayaan. Apabila dia sudah buat keputusan, dia tidak akan menukar keputusannya lagi. Taurus yang sanggup bersabar dan tidak akan mengamuk dengan majikannya. Sekiranya dia berhentikerja, mereka pun akan pergi secara senyap dan tidak memburuk-burukkan majikan.

Gemini
Gemini sering tidak puas hati dengan majikannya kerana merasai majikan tidak setanding dengannya. Namun, Gemini yang paling baik dengan bos kerana walaupun tidak puas hati,mereka tidak akan bergaduh dengan majikan. Mereka juga mempunyai keupayaan mengumpul maklumat.

Cancer
Walaupun Cancer dikenali sebagai zodiak yang paling lemah-lembut, mereka juga terlalu beremosi. Mereka tidak suka berdebat dengan rakan sekerja, tapi mereka sendiri yang akan mencetuskan peperangan. Jadi, Cancer mempunyai kemungkinan yang sangat besar bergaduh dengan bos.

Leo
Leo seorang yang berdikari dan sentiasa ingin menang. Dia suka menjadi ketua ataupunpemimpin dalam komuniti. Sekiranya berada dibawah orang lain, Leo juga akan menunjukkan kehebatannya. Sekiranya majikan enggan mengakui kesalahan, Leo akan mengamuk dan pergi begitu saja.

Virgo
Virgo adalah zodiak yang paling konservatif. Maka mereka pasti tidak akan bergaduh ataupunmengamuk dengan majikan. Tapi mereka akan menggunakan kata-kata yang kejam untuk menyakitkan hati orang lain sebagai cara melepaskan geram.

Libra
Libra yang anggun pasti tidak akan membenarkan dirinya bergaduh dengan majikannya malah mereka akan menjadi pendamai yang meleraikan pergaduhan rakan sekerja dengan majikannya. Namun apabila dirinya dituduh tidak menjalankan kerja yang diberi dengan baik, dia pasti akan membantah habis-habisan.

Scorpio
Scorpio bagaikan bom yang boleh meletup bila-bila saja. Mereka ini sangat agresif. Mereka merupakan pejuang yang berani. Biasanya mereka tidak akan marah pasal perkara yang logik, sebaliknya mereka berasa marah dengan majikan yang hanya pandai berlagak saja tapi tak tahu buat kerja.

Sagittarius
Sagittarius suka akan kehidupan yang bebas dan jika dikongkong mereka pasti rasa tidak tahan. Mereka tidak suka menibulkan masalah, dan mereka hanya akan merungut dengan rakan-rakan dan bukan terus bertengkar dengan majikan.

Capricorn
Capricorn pasti tidak mengamuk dengan majikan dan tidak akan mencampurkan urusan peribadi dengan hal kerja. Mereka ada perancangan yang boleh disetujui majikan tetapi tidak akan marah sekiranya majikan tidak terima cadangannya. Ini kerana Capricorn tahu sekiranya ingin dihormati orang lain, mesti menghormati diri anda dulu.

Aquarius
Aquarius yang kreatif adalah zodiak yang paling susah untuk bekerjasama kerana sangat takut orang lain mengongkong kreativiti mereka. Mereka hanya akan bekerja dengan majikan yang kreatif dan berseni saja dan pasti akan bergaduh dengan majikan sekiranya ada percanggahan pendapat.

Pisces
Pisces terlalu menggunakan perasaan mereka dalam semua urusan. Pisces tidak mahu bergaduh dengan majikan. Tetapi mereka terlalu menjaga kepentingan rakan sekerja dan pasti akan menegakkan keadilan jika rakan dimarahi majikan.

No comments:

Post a Comment