Friday, July 01, 2011

WARNA HARI LAHIR



23 Dis – 1 Jan = Merah                                        25 Jun – 4 Jul = Merah
2 Jan – 11 Jan = Jingga                                          5 Jul – 14 Jul = Jingga
12 Jan – 24 Jan = Kuning                                     15 Jul – 25 Jul = Kuning
25 Jan – 3 Feb = Merah Jambu                            26 Jul – 4 Ogos = Merah Jambu
4 Feb – 8 Feb = Biru                                             5 Ogos – 13 Ogos = Biru Muda
9 Feb – 28 Feb = Coklat                                     14 Ogos – 23 Ogos = Hijau
29 Feb – 10 Mac = Biru Laut                              24 Ogos – 2 Sep = Coklat
11 Mac – 20 Mac = Kelabu Muda                        3 Sep – 12 Sep = Biru Laut
21 Mac = Hitam                                                  13 Sep – 22 Sep = Kelabu Muda
22 Mac – 31 Mac = Ungu                                   23 Sep = Hajau Muda
1 April – 10 April = Biru Tua                               24 Sep – 3 Okt = Ungu
11 April – 20 April = Perak                                   4 Okt – 13 Okt = Biru Tua
21 April – 30 April = Putih                                  14 Okt – 23 Okt = Perak
1 Mei – 14 Mei = Biru                                        24 Okt – 11 Nov =Putih
15 Mei – 24 Mei = Emas                                    12 Nov – 21 Nov = Emas
25 Mei – 3 Jun = Krim                                        22 Nov – 1 Dis = Krim
4 Jun – 13 Jun = Kelabu Tua                                2 Dis – 11 Dis = Kelabu Tua
14 Jun – 23 Jun = Merah Tua                             12 Dis – 21 Dis = Merah Tua
24 Jun = Kelabu Tua                                          22 Dis = Hijau Muda

Merah
Anda seorang yang sangat comel dan sangat disukai ramai. Anda seorang yang cerewet dalam percintaan. Tapi anda sering bercinta. Anda suka perasaan dicintai oleh seseorang. Ramai orang yang suka berdamping dengan anda sebab anda peramah. Anda suka berkawan dengan orang yang peramah.

Emas
Anda sangat jelas apa yang patut dilakukan, apa yang tidak patut dilakukan. Anda seorang yang periang dan pandai bersosial. Anda mempunyai bakat komunikasi. Semuanya yang anda lakukan mempunyai perancangan yang teliti dan rapi. Anda akan memastikan apa yang anda lakukan berjaya.

Ungu
Anda seorang yang sangat misteri. Tapi anda tidak mementingkan diri sendiri. Keadaan anda memang agak sukar untuk dijangkakan. Anda seorang yang beremosi. Walaupun beremosi, namunanda tetap mendapat sambuatan dari orang sekeliling. Anda seorang yang cuai dan pelupa. Anda suka berkawan dengan mereka yang ikhlas dan jujur.

Biru
Anda tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Anda juga cerewet dengan semua perkara. Anda mempunyai bakat seni. Anda mudah jatuh cinta pada seseorang. Apabila cinta dah tiba, anda akan menerimanya dan mencintainya dengan sepenuh hati anda.

Krim
Anda suka bersaing dan bertanding dengan orang lain. Anda takut mengalami kekalahan. Sikap anda yang periang dan suka akan sukan membuat anda sangat dipercayai. Anda sangat berhati-hati dengan percintaan. Anda tidak mudah suka seseorang. Tapi apabila anda menganggap si dia sebagai teman hidup anda, maka anda pasti tidak akan biarkan dia lepas dari genggaman anda.

Merah Jambu
Anda akan melakukan semua kerja sendiri. Selain itu, anda sangat tahu menjaga orang lain. Tapi anda bukan seorang yang senang berpuas hati. Anda sering ingin memiliki lebih banyak daripada yang anda dapat. Anda selalu berdoa mempunyai percintaan yang sempurna seperti cerita dongeng.

Kelabu Muda
Anda seorang yang sangat tenang. Tapi anda sering memberi tekanan kepada diri sendiri. Anda sangat cerewet dalam perkara yang remeh-temeh. Selain itu, anda mudah cemburu. Anda sangat aktif. Sikap anda yang periang membuat anda dapat berkenalan dengan ramai kawan.

Perak
Anda mempunyai daya imaginasi yang sangat hebat. Walaupun pemalu, tapi anda berani mencuna perkara yang baru. Anda suka mencabar diri sendiri. Anda juga sangat cekap. Anda akan mendapat dengan cepat apa yang anda belajar. Apabila berjumpa dengan pesaing yang hebat, bakat anda akan diasah lagi dan anda akan menjadi lebih kuat.

Biru Laut
Anda sangat mementingkan imej luaran anda. Dari segi pemilihan kekasih, anda juga mempunyai masalah, anda akan mencari penyelesaian yang terbaik. Anda sangat dipandang tinggi dalam kumpulan anda. Oleh yang demikian, anda senang berkenalan dengan kawan baru.

Kuning
Anda seorang yang sangat manis. Anda sering mendapat kepercayaan daripada orang lain. Selain itu, anda juga mempunyai daya memimpin yang sangat kuat. Apabila diminta untuk membuat pilihan atau keputusan, anda selalu membuat keputusan yang tepat. Anda mengharapkan percintaan yang romantik.

Hitam
Anda suka dengan cabaran. Anda suka mencabar dan mempunyai keberanian untuk terima cabaran. Tapi anda tidak suka mengubah cara hidup anda. Apabila anda telah membuat keputusan, anda akan menghala kearah yang telah anda tetapkan. Percintaan anda juga penuh dengan cabaran dan berlainan dengan orang lain.

Biru Tua
Anda mempunyai satu tarikan yang mampu menarik perhatian orang lain. Anda sangat sayang nyawa dan kehidupan anda. Anda juga senang bersimpati dengan orang yang kurang bernasib baik. Tapi apabila ada orang membuat anda marah, anda pasti tidak akan memaafkannya.

Kelabu Tua
Anda aktif dan mempunyai tarikan. Anda seorang yang terus terang dan tahu menyampaikan apa yang sedang anda fikirkan. Kadang-kadang anda akan menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri. Anda ingin orang lain menumpukan perhatian pada anda saja. Anda juga seorang yang humor. Anda sering membuat orang disisi anda terhibur.

Merah Tua
Anda sangat bijak. Pada masa yang sama anda juga sangat mementingkan diri sendiri. Semua kerja harus mengikuti arahan ataupun cita rasa anda. Anda sering menimbulkan masalah akibat tidak menjaga perasaan orang lain. Anda sangat sabar dengan percintaan. Apabila anda berjumpa dengan seseorang yang anda cinta, anda tidak akan suka orang lain lagi.

Hijau Muda
Anda seorang yang lembut hati dan sering membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada orang lain. Hubungan anda dengan keluarga dan juga kawan juga adalah sangat baik dan rapat. Anda tidak suka dengan keganasan. Anda sangat baik hati da optimis dan sentiasa rasa bersyukur. Anda tidak mudah cemburu dengan orang lain.

Putih
Dalam kehidupan anda penuh dengan harapan dan impian. Anda akan memastikan kerja yang anda lakukan sempurna. Anda tidak mengambil berat akan perkara yang berlaku di sekitar anda sekiranya ia tidak melibatkan anda. Anda suka bersendirian. Kadang-kadang anda mempunyai pendapat yang sangat mendalam.

Hijau
Anda dapat bergaul dengan baik sekali dengan kawan-kawan yang baru saja berkenalan. Anda bukan seorang yang pemalu. Kata-kata anda sering menyakitkan hati orang lain. Anda berharap mendapat perhatian dari kekasih dan suka akan perasaan dibelai. Namun demikian, anda tidak pandai mengambil hati kekasih anda.

Jingga
Anda bertanggungjawab dengan apa yang telah anda lakukan. Anda juga tahu nak melayan perasaan orang lain. Anda sering menetapkan matlamat supaya anda dapat mengecapi lebih banyak kejayaan. Anda sukar untuk mempercayai orang lain termasuklah kawan anda. Tapi apabila anda rasa dia boleh dipercayai, anda akan menganggap dia sebagai kawan baik anda.

Coklat
Anda suka bersukan. Anda seorang yang aktif dan sentiasa bertenaga. Tapi orang lain sukar untuk mendekati anda. Anda senang untuk berminat dengan sesuatu benda, namun apabila anda mendapati ia tidaklah seronok yang anda sangkakan, anda akan membuangnya. Begitu jugalah dengan soal percintaan.

Biru Muda
Perasaan anda umpama angin. Kehidupan anda juga sangat sunyi. Anda suka melancong seorang diri. Anda ikhlas apabila melayan orang lain. Tapi anda mudah dipengaruhi oleh orang lain. Bagi anda, percintaan adalah satu perkara yang sangat sukar. Ia mudah sesat dan sering membuat anda terluka.

No comments:

Post a Comment