Wednesday, June 29, 2011

12 ZODIAK MEMPERSEMBAHKAN CINTA

Aries
Apabila baru berkenalan dengan anda, Aries akan menggunakan tindakannya untuk menunjukkan betapa dia sayang pada anda. Dia akan menggunakan pelbagai cara untuk menambat hati anda. Selepas berjaya menambat hati anda, dia akan mengunakan pergaduhan untuk menunjukkan kasih sayangnya pula.

Leo
Leo akan memberi yang terbaik untuk anda. Dari segi pemakaian , pemakanan, kediaman dan lain-lain yang and inginkan. Selain itu, Leo juga akan memperkenalkan anda kepada kerabatnya. Dia akan memberitahu ahli keluarganya, anda ialah calon teman yang sangat baik.

Cancer
Apabila Cancer cinta pada anda, dia sanggup masak untuk anda, cuci pakaian, kemas rumah anda. Dia sanggup bertungkus-lumus untuk anda. Dia juga sanggup membeli hadiah yang anda suka asalkan harga hadiah tersebut tidak melanggar prinsip jimat cermatnya.

Scorpio
Scorpio tidak akan meninggalkan anda. Dia begitu takut berjauhan dengan anda. Maka dia akan menggunakan cara mengongkong ataupun sentiasa memerhatikan untuk menunjukkan betapa dia sayang pada anda. Anda juga dikehendaki melaporkan jadual seharian dengan dia.

Pisces
Taktik mereka sangat pandai iaitu memberi sejambak bunga yang besar. Setiap kali berjumpa, mereka akan memberi bunga yang paling disukai anda. Anda pasti rasa gembira dan tidak akan meragui cintanya lagi. Selain itu, mereka juga sering melafazkan cinta pada anda.

Capricorn
Dia begitu serius menyayangi anda. Tapi walaupun sayang dan cinta pada anda, dia juga perlu bekerja / belajar. Maka dia akan menggunakan masa dengan sebaiknya untuk menemani anda. Beliau sangat menghargai setiap detik masa ketika menemani anda. Setiap detik masa itu melambangkan kasih sayang beliau pada anda.

Aquarius
Cara Aquarius menunjukkan kasih sayang dan cinta pada anda adalah sangat istimewa dan unik. Kadang-kadang anda langsung tidak dapat merasai cintanya. Tapi kadang-kadang anda pasti diserang sakit jantung kerana beliau yang sangat aneh dengan cintanya.

Sagittarius
Sagittarius sudah biasa bergerak bebas dan mempunyai kawan yang ramai. Apabila beliau membawa anda berkumpul dengan kawan-kawannya, ini bermakna beliau sayang pada anda. Satu cara lagi beliau menunjukkan kasih sayangnya ialah melalui gurauannya.

Libra
Cara Libra menunjukkan kasih sayang dan cinta pada anda ialah 24 jam bersama-sama dengan anda. Anda dan dia umpama kembar siam yang tidak boleh dipisahkan. Walaupun kelihatan sangat bahagia, tapi kadang-kadang rasa tiada kebebasan dan ruang untuk diri sendiri.

Gemini
Setiap hari Gemini akan melafazkan cintanya pada anda. Beliau akan buat demikian sehingga anda tidak meragui cintanya lagi. Namun demikian, Gemini pun selalu bercakap “I Love You” ataupun “Saya Sayang Pada Mu” pada orang lain.

Virgo
Jangan salahkan dia kerana dia asyik membebel saja. Kalau dia membuat demikian, dia akan anggap dirinya tidak menyayangi anda. Ini adalah caranya menunjukkan kasih sayang dan cinta pada anda dengan sentiasa membebel.

Taurus
Taurus yang sayang dan cinta pada anda pasti akan membawa anda makan di restoran yang mahal. Dia juga akan memberi barangan yang anda inginkan. Bagi Taurus , mereka akan menggunakan kemewahan untuk menunjukkan kasih sayang mereka pada anda.

No comments:

Post a Comment