Thursday, June 30, 2011

 12 ZODOIAK MEMBODEK BOS

Aquarius
Aquarius buat kerja yang disuruh bos. Mereka tidak akan membodek bos demi mendapat kerja yang senang ataupun gaji yang lebih. Sekiranya mereka rasa tidak adil, mereka akan berbincang dengan bos. Kalau bos tak setuju, mereka akan mencari kerja lain.

Taurus
Jangan ingat mereka selalau kelihatan malu dan segan. Tapi demi wang ringgit, mereka sanggup bodek sesiapa pun. Orang di sekeliling tidak biasa dengan sikapnya.

Leo
Leo boleh bergurau senda dengan bos. Mustahil Leo akan menurunkan statusnya dan membodek bos. Leo pasti tidak akan melakukan perkara ini.

Scorpio
Mereka juga golongan yang tidak akan membodek bos. Kecuali mereka ada niat jahat terhadap bos, barulah mereka bodek bos.

Pisces
Dalam pandangan Pisces, semua orang adalah baik. Mereka bodek bos hanya nak bos gembira saja. Mereka tidak akan membodek pasal gaji ataupun jawatan.

Gemini
Gemini membodek bukan semestinya disebabkan wang ringgit. Mereka boleh bodek saja sesiapa termasuklah orang yang mereka tidak suka.

Virgo
Virgo tidak pandai bercakap bohong. Mereka akan menganggap bos itu hero sekiranya majikannya sangat berkebolehan. Kalau bos teruk, mustahil mereka akan membodek.

Sagittarius
Sagittarius tidak pandai berbohong dan membodek. Mereka berhenti kerja sekiranya majikan tidak melayannya dengan baik daripada membodek bos.

Aries
Aries tidak pandai berbohong dan orangnya sangat adil dan saksama. Mereka amat kekok sekali apabila membodek bos. Sebenarnya mereka rela bergaduh dengan bos dan letak jawatan, mereka pun tidak rela membodek bos.

Cancer
Personaliti Cancer sangat rumit. Mereka hanya akan membodek bos apabila peresaan mereka baik. Apabila perasaan mereka tidak baik, mereka akan bermasam muka dengan majikan.

Libra
Libra memang pakar membodek bos. Tapi berganung kepada perasaan mereka sama ada nak membodek ataupun tidak.


Capricorn
Capricorn memang ada taktik yang baru nak membodek bos. Yang paling menakutkan ialah pekerja-pekerja lain langsung tidak perasan Capricorn sedang menjalankan operasinya. Sebenarnya dia telah menjadi pekerja kesayangan bos.

No comments:

Post a Comment