Wednesday, June 29, 2011

12 ZODIAK VS FRIENDSHIP FOREVER

Aries
Untuk menjadi kawan kepada Aries anda perlu mempunyai keistimewaan, barulah anda mendapat perhatian daripada mereka. Aries suka berlagak seperti ketua / abang / kakak dalam satu komuniti. Aries berharap semua orang akan menjadi kawan baik mereka dan bukan kawan biasa saja. Disebabkan Aries mempunyai perasaan cemburu yang amat kuat, maka persahabatan mereka dengan kawan tidak kekal lama. Aries akan menghulurkan bantuan kepada kawan yang tidak berapa kenal tetapi rupanya ada udang di sebalik batu.

Taurus
Sekiranya anda berkawan dengan Taurus, mungkin dia adalah kawan anda seumur hidup. Taurus
adalah kawan yang sanggup bermati-matian untuk membantu anda sekiranya anda memerlukan bantuannya. Virgo adalah orang yang paling serasi dengan Taurus. Selain itu, Cancer dan Pisces juga boleh bergaul mesra dengan Taurus. Tapi apabila berjumpa dengan Gemini, Sagittarius dan Leo, maka kemungkinan mereka untuk menjadi kawan baik adalah rendah.

Gemini
Gemini tak pernah risau disisinya tiada kawan. Gemini suka berkawan dengan orang yang mempunyai cita-cita dan hobi yang saqma dengannya. Sekiranya anda suka akan sesuatu yang mencabar, suka berjalan-jalan dan tiada perancangan, maka anda serasi dengan Gemini. Dalam jangka masa yang singkat, Gemini suka melaksanakan pelbagai perkara seperti melawat banyak tempat sekiranya dia pergi melancong. Selain itu, mereka juga amat 'menyibuk'. Sekiranya anda ingin mencari seseorang untuk berborak, maka calon yang paling sesuai adalah Gemini.

Cancer
Dalam hidup Cancer amat menitikberatkan kawan sejati. Cancer tidak dapat menerima hakikat sekiranya kawannya menderhaka terhadap mereka. Ini akan membuat Cancer amat marah dan pilu. Tetapi, Cancer yang amat sensitif akan mencari kesalahan kawan-kawan untuk diperbesarkan-besarkan. Oleh yang demikian, sekiranya kawan lupa akan harijadinya maka Cancer akan menganggap ia adalah kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

Leo
Bukanlah senang nak berkawan dengan Leo. Tapi sekiranya anda telah menjadi kawannya, Leo akan menganggap anda adalah kawan selama-lamanya. Leo tidak suka orang lain mengetahui dunia dalamannya. Oleh itu, janganlah anda rasa tersinggung sekiranya Leo melayan anda macam 'orang luar' jika anda cuba untuk mengorek rahsianya. Dari sudut yang lain, Leo adalah seorang kawan yang boleh diharap. Leo sanggup menghulurkan bantuan sekiranya anda memerlukan pertolongannya. Disebabkan Leo ikhlas, maka orang di sekelilingnya juga melayan Leo dengan ikhlas.

Virgo
Virgo adalah kawan yang paling setia dan paling boleh dipercayai. Sekiranya anda mempunyai rahsia yang ingin diluahkan, beritahulah Virgo. Mereka akan menyimpan rahsia anda selama-lamanya di dalam hati. Anda tidak perlu risau rahsia anda akan terbongkar. Virgo amat serasi dengan Capricorn, Scorpio dan Taurus. Tapi, apabila Virgo suka mengkritik orang dengan kata-katanya yang pedih, maka dia memerlukan jangka masa yang lama untuk membina persahabatan.

Libra
Libra adalah kawan yang patut anda cari-carikan. Kenapa? Ini adalah kerana mereka akan menganggap masalah kawan sebagai masalah sendiri. Libra akan mencuba sedaya upaya untuk membantu kawannya menyelesaikan masalah. Tapi, kadang kala Libra akan buat perangai. Libra suka menimbang kawan-kawannya di atas 'penimbang' untuk membuat keputusan samada nak berkawan dengan mereka atau tidak. Perbuatan Libra ini akan menyebabkan mereka kehilangan persahabatan yang baik.

Scorpio
Di sisi Scorpio memang terdapat banyak kawan, tapi kawan sejati amatlah sedikit. Bagi Scorpio adalah amat sukar untuk berkawan lebih dalam dengan seseorang. Tapi,sekiranya Scorpio sudi menerima anda, maka anda mempunyai seorang kawan yang sejati. Seperti zodiak yang lain, Scorpio juga pasti akan menghulurkan bantuan sekiranya anda bermasalah.

Sagittarius
Sagittarius senang berkawan dengan sesiapa saja. Tapi mereka tiada persahabatan yang kukuh. Sebagai seorang kawan, Sagittarius adalah sangat jujur dan suka cakap lepas tanpa memikirkan akibatnya. Disebabkan mereka suka bercakap, sekiranya anda memberitahu rahsia anda kepada Sagittarius, maka rahsia anda akan menjadi berita panas pada keesokan hari.

Capricorn
Capricorn sangat peramah dan baik hati. Capricorn akan menolong kawan sehingga masalah kawan itu selesai. Kadang-kala, sikap Capricorn yang terlalu mengambil tahu kisah kehidupan kawan menyebabkan Capricorn menjadi orang yang dibenci. Selain itu, sikap mereka yang tidak mengaku kalah dan ego juga menakutkan kawannya.

Aquarius
Sekiranya anda berkawan dengan Aquarius, anda perlu membenarkan Aquarius melakukan perkara yang mereka suka. Ingat! Jangan sesekali anda ingin cuba mengubahnya atau mempengaruhinya. Dengan itu Aquarius akan menjadi kawan baik anda. Aquarius jarang mengkritik kawannya. Dia terima segala kebaikan dan keburukan anda.

Pisces
Pisces amat mengambil berat akan kawannya. Pisces sangat peramah, bersimpati dan suka menolong kawan. Adalah sukar bagi anda untuk mengetahui isi hatinya. Ini adalah kerana mereka tidak pandai untuk menyampaikan perasaannya kepada orang lain. Sekiranya anda ingin berkongsi rahsia anda dengan Pisces, fikirlah baik-baik. Ini adalah kerana mereka bukannya 100% boleh diharap.

No comments:

Post a Comment