Wednesday, June 29, 2011

INDEKS GANGGUAN BEKAS KEKASIH 12 ZODIAK

Aries             Indeks: 95%
Aries adalah seorang kekasih yang tiada tandingan. Dia mencintai sepenuh hati dan jiwa raganya terhadap kekasihnya. Ditambah pula dengan personaliti Aries telah membuatkan bekas kekasihnya tidak dapat melupai Aries. Peratusan bekas kekasih ingin kembali bercinta semula dengan Aries adalah sangat tinggi.


Pisces            Indeks: 90%
Pisces membuat bekas kekasihnya masih mempunyai angan-angan terhadap Pisces. Oleh itu, bekas kekasih pisces akan beranggapan yang dia masih mempunyai peluang untuk bersama-sama semula dengan Pisces. Tambahan lagi, Pisces sendiripun inginkan bekas kekasihnya untuk mengimbangkan semula pejalanan kehidupan cintanya.


Cancer          Indeks: 87%
Apabila Cancer berhadapan dengan bekas kekasih, telah timbul perasaan terkenang akan percintaan dengan bekas kekasihnya suatu masa dahulu. Oleh itu, Cancer akan mencipta sebanyak mana peluang supaya bekas kekasihnya kembali kepadanya.


Sagittarius     Indeks: 73%
Sagittarius akan berhadapan dengan satu situasi dimana bekas kekasihnya akan datang meminta bantuan daripada Sagittarius. Bekas kekasihnya akan menitikberatkan kepakaran dan pangkat Sagittarius dan ingin mendapat habuan daripada Sagittarius. Dengan kata lain, bekas kekasih Sagittarius hanya ingin mempergunakan dan memperbodohkan Sagittarius sahaja.


Virgo                 Indeks: 70%
Bekas kekasih Virgo berkemungkinan akan membalas dendam dan ini mungkin disebabkan kehidupan Virgo yang bahagia dan mewah telah membuatkan bekas kekasihnya ingin memusnahkan segala yang dimiliki Virgo. Perkara-perkara ynag mungkin dibuat bekas kekasihnya ialah gangguan telefon atau mendapatkan simpati daripada Virgo dan pelbagai lagi yang mungkin terlintas dikepalanya. BERHATI-HATI.


Libra                  Indeks: 62%
Bekas kekasih Libra kemungkinan akan meminta pertolongan Libra. Ini adalah kerana bekas kekasih Libra mengetahui yang Libra adalah seorang yang tidak akan menolak permintaan kawan. Libra pasti akan menghulurkan bantuan kecuali dia masih luka dan enggan menghadapi kenyataan perpisahan.


Aquarius             Indeks: 44%
Apabila bekas kekasih mencari kembali Aquarius, Aquaries akan melayan bekas kekasihnya seperti kawan biasa saja. Ini adalah kerana Aquarius memikirkan bakat dan kepakaran bekas kekasihnya, berkemungkinan suatu hari nanti mereka akan bekerjasama. Oleh itu, Aquarius masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas kekasihnya. Tapi Aquarius pasti tidak akan memberitahu kekasih barunya mengenai hal ini.


Leo                        Indeks: 35%
Walaupun telah berpisah, namun Leo dan bekas kekasihnya masih ada ikatan. Bukanlah ikatan kekasih tetapi ikatan masalah, ini ada kaitan dengan masalah kewangan ataupun harta benda. Oleh itu, selepas menyelesaikan masah kewangan dan harta benda, maka Leo dan bekas kekasihnya hanyalh di tahap kawan saja.


Scorpio                   Indeks: 30%
Selepas berpisah, Scorpio masih mengekalkan hubungan persahabatan dengan bekas kekasihnya. Apabila bekas kekasihnya ingin kembali kepadanya, Scorpio membuat kekasihnya sedar bahawa mereka tiada peluang lagi untuk bersama dan Scorpio berharap bekas kekasihnya dapat mencari kekasih yang lebih sesuai dengannya. Scorpio akan memastikan hubungannya dengan bekas kekasih hanyalah ditahap kawan saja.


Taurus                    Indeks: 28%
Taurus tidak ada masa untuk melayan bekas kekasihnya kerana kini telah mempunyai kekasih baru. Taurus yang telah mempunyai kekasih baru akan berusaha membina perhubungan yang baik dengan kekasih baru. Oleh itu, Taurus akan berasa bersalah dengan kekasih barunya sekira masih berjumpa dengan bekas kekasihnya. Maka Taurus akan memastikan dia tiada hubungan lagi dengan bekas kekasihnya.


Gemini                   Indeks: 20%
Gemini langsung tidak menghiraukan bekas kekasihnya kerana teramat sibuk. Oleh itu, pada mulanya Gemini akan melayan kerenah bekas kekasih dengan hormat dan sopan. Namun sikapnya yang dingin dan kesibukan membuatkan bekas kekasihnya tidak lagi datang menganggu Gemini.


Capricorn               Indeks: 10%
Kali ini terbalik pula, Capricorn sendiri akan menganggu bekas kekasihnya. Bekas kekasih tidak akan berpatah balik mencari Capricorn. Sebaliknya, Capricorn yang berasa kesunyian ditambah pula dengan kehidupan yang tidak begitu baik, maka Capricorn ingin mencari bekas kekasihnya untuk meluahkan isi hati dan masalah.

No comments:

Post a Comment