Wednesday, June 29, 2011

DUNIA IDAMAN 12 ZODIAK

Scorpio
Dunia Idaman Scorpio Dunia yang sunyi.
Scorpio sangat misteri dan sukar diramalkan. Mereka suka memencilkan diri sendiri. Mereka benci akan bising dan riuh rendah. Mereka begitu mengharapkan dunianya tang tersendiri.

Cancer
Dunia Idaman Cancer Ialah Dunia Yang Tiada Keganasan.
Cancer ialah orang yang mementingkan kekeluargaan.keluarga terletak di tempat yang pertama di hatinya. Beliau benci akan keganasan. Beliau berharap ahli keluarganya dan orang lain dapat melalui kehidupan yang aman damai dan tenteram.

Capricorn
Dunia Idaman Capricorn Ialah Dunia Sekarang.
Capricorn tidak banyak berangan-angan. Beliau berpuas hati dengan kehidupan sekarang. Oleh yang demikian, beliau hanya inginkan dunia kehidupan sekarang. Beliau tidak mempunyai permintaan lain lagi.

Pisces
Dunia Idaman Pisces Ialah Dunia Yang Penuh Dengan Harapan.
Pisces suka berangan-angan. Bagi Pisces harapan adalah sama dengan impian. Maka, beliau selalu berangan-angan tentang dunia yang berlainan dengan dunia realiti. Dunia idamannya ialah dunia yang harapan ada di mana-mana saja.

Leo
Dunia Idaman Leo Ialah Dunia Yang Tiada Tipu Muslihat.
Leo yang sombong dan sentiasa ingin di tempat yang teratas paling benci akan orang lain berbohong padanya. Mereka tidak boleh terima kenyataan sekiranya diri mereka ditipu. Jadi beliau memerlukan dunia yang tiada tipu muslihat.

Libra
Dunia Idaman Libra Ialah Dunia Yang 100% Aman Damai.
Libra ialah pengutus keadilan dan aman damai. Mereka tidak akan peperangan ataupun pergaduhan. Apa yang mereka ingin lihat ialah dunia ini tiada lagi peperangan. Semua orang dapat hidup dengan aman damai.

Aries
Dunia Idaman Aries Ialah Dunia Yang Penuh Dengan Cabaran.
Aries suka akan cabaran. Maka beliau hanya dapat menyesuaikan diri di dalam dunia yang sentiasa mempunyai cabaran, barulah beliau dapat menggunakan bakat semula jadi yang ada.

Taurus
Dunia idaman Taurus ialah dunia yang dipenuhi dengan pelbagai sumber.
Sumber yang dimaksudkan di sini ialah keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian. Walaupun Taurus tidak kekurangan semua sumber ini, namun beliau berharap semua orang mempu memiliki sumber ini.

Virgo
Dunia Idaman Virgo Ialah Dunia Yang Tiada Pencemaran.
Sikap semulajadi Virgo ialah suka akan kebersihan. Beliau inginkan dunia yang langsung tidak mempunyai sebutir habuk. Dunia yang tiada pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran darat dan juga pencemaran bunyi. Inilah dunia idaman Virgo.

Aquarius
Dunia Idaman Aquarius Ialah Dunia Di Luar Bumi.
Aquarius sangat suka perkara yang baru. Beliau mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat kuat terhadap angkasa lepas. Beliau ingin melihat dan merasai keadaan di angkasa lepas.

Gemini
Dunia Idaman Gemini Ialah Dunia Yang Pelik-pelik.
Gemini mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat kuat. Maka beliau memerlukan dunia yang sentiasa mempunyai perkara baru untuk diterokainya. Gemini pasti sangat suka dunia yang sentiasa ada perkara baru di depan matanya.

Sagittarius
Dunia Idaman Sagittarius Ialah Dunia Seperti Dalam Buku Cerita Dongeng.
Sagittarius sangat comel dan aktif. Dia sangat suka akan cerita dongeng seperti Snow White, Cinderella, Sleeping Beauty dan lain-lain. Beliau ingin tinggal di dunia cerita dongeng.

No comments:

Post a Comment