Wednesday, June 29, 2011

GAYA 12 ZODIAK BANGUN TIDUR.

Aries
Kalau aku tak nak bangun, aku tetap tak akan bangun. Siapa yang berani kejut aku, aku akan berhabis-habisan dengannya. Apabila Aries sudah mengamuk, kesudahannya adalah sukar dijangkakkan. Oleh yang demikian biarlah dia lewat!!

Taurus
Melihat jam dengan sebelah mata, masih ada 30 minit 50 saat baru nak ke sekolah. Jadi aku boleh tidur 15minit 10saat lagi. Tutup mata dan terus tidur! Taurus yang bijaksana akan mengira seminit dan sesaat supaya dapat tidur lebih.

Gemini
Aku dah bangun! Aku dah pakai baju sekolah! Ayat ini sering keluar dari mulut Gemini ialah jenis yang bercakap tapi tiada tindakan.

Cancer
Tidur adalah nyawa aku. Tidur adalah segala-galanya bagi aku! Aku sanggup tak makan, tapi aku nak tidur juga. Tak payah bazir tenaga anda untuk bangunkan dia. Biarlah dia tidur sepuas-puasnya!

Leo
Kalau nak tidur lagi, tidurlah! Jangan berlaku kejam pada diri sendiri. Layanlah diri dengan baik-baik. Di dunia ini, kita kena melayan diri dengan baik sebelum orang lain melayan kita dengan baik. Leo pasti akan mencari pelbagai alasan untuk diri sendiri supaya dapat tidur.

Virgo
Hari ni aku nak bangun lewat sedikit, siapa pun tak boleh halang aku buat demikian. Virgo menggunakan sikap degilnya lagi.

Libra
Aku tak boleh lewat ke sekolah, aku teringin nak tidur lagi!! Maka Libra telah membuat satu pengelutan yang besar di atas katil sama ada nak bangun ataupun tidak.

Scorpio
Guna selimut menutupi diri sendiri. Selagi boleh tidur, aku akan tidur.

Sagittarius
Sagittarius mempunyai sel-sel sukan. Dia hanya perlu berfikir: 'Nanti aku boleh berlari ke sekolah!' Maka dia akan terus tidur!

Capricorn
Setiap hari aku pun bangun awal. Hari ni aku sekali-sekala aku nak malas, lain kali aku tak akan buat lagi. Capricorn mencari alasan untuk diri sendiri supaya dirinya mendapat ketenangan jiwa.

Aquarius
Aku tidur sekejap saja! Tapi, sebenarnya sekejap bagi Aquarius sering menyebabkan dia lewat. Nanti dia akan bagai angin meluru keluar rumah.

Pisces
Pisces akan berangan -angan bahawa dirinya telah bangun, gosok gigi, pakai baju dan keluar rumah. Tapi apabila tiba-tiba sedar, dia dapati dirinya dan bertanya kenapa masih berada di atas katil.

No comments:

Post a Comment