Wednesday, June 29, 2011

CARTA 12 ZODIAK YANG SUKA MENUNJUK

Tempat Pertama: Leo
Raja suka menunjuk.
Siapa lagi kalau bukan Leo. Leo suka barangan berjenama dan cantik maka barulah setanding dengan statusnya. Leo beranggapan dengan menunjuk-nunjuk di hadapan orang lain dapat mencapai matlamat mereka. Leo tidak memikirkan akibat dan kemampuan kewangan.

Tempat Kedua: Aries
Asalkan aku lebih baik daripada orang lain.
Aries ialah jenis yang tidak boleh dicabar. Sekiranya Aries mendapati terdapat orang yang lebih hebat dari dia, maka dia akan menunjukkan dirinya yang sebenar. Biasanya Aries sengaja membandingkan diri dengan orang lain. Aries berasa gembira sekiranya dapat menumpaskan pihak lawan.

Tempat Ketiga: Libra
Remaja Yang Pelik.
Libra suka akan kecantikan. Libra selalunya berada di kemuncak trend. Libra sentiasa dengan fesyen terbarunya. Walaupun pemakaiannya agak 'In' dan kadang-kadang tidak boleh diterima, tapi ia sedikit pun tidak menjejaskan rupa cantik dan kacak Libra. Libra sentiasa menjadi perhatian orang lain.

Tempat Keempat: Aquarius
Muda Adalah Satu Alasan.
Aquaries suka menunjukkan keistimewaan yang ada padanya. Sikap Aquarius ialah suka bermain. Pada pandangan orang lain, mereka ialah remaja yang nakal. Aquarius suka dengan cara ini. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk menunjuk-nunjuk.

Tempat Kelima: Sagittarius
Mari Ikut ikut Aku Mengelilingi Dunia.
Faktor yang menjadi punca Sagittarius suka menunjuk-nunjuk ialah mereka mengenali budaya dan bahasa sesuatu kaum atau sesebuah negara. Sagittarius mmbawa anda ke topik ini di mana dia dapat menunjukkan kebolehannya. Falsafah Sagittarius ialah “kita bersaudara”.

Tempat Keenam: Gemini
Mulut Murai.
Gemini boleh menceritakan dari A to Z kepada anda umpama dia berada di lokasi kejadian. Jadi, anda boleh bayangkan betapa hebatnya Gemini.

Tempat Ketjuh: Cancer
Pengumpul Barangan Koleksi.
Cancer yang bersifat amat menitik berat akan barangan koleksi mereka. Biasanya mereka mengumpul barangan kemudian mencari peluang untuk mempamerkan koleksinya kepada kawan-kawannya. Orang lain mungkin berasa bosan dengannya apabila asyik menceritakan kisah-kisah lama.

Tempat Kelapan: Pisces
Penyamar.
Biasanya Pisces selalu brpura-pura ketika menunjuk-nunjuk. Sebenarnya dirinya tiada keupayaan untuk menunjuk-nunjuk. Apabila tidak dapat mengawal keadaan dengan baik maka dia sentiasa menjadi pelawak. Selain itu, mereka juga sengaja membuat muka yang kasihan untuk menonjolkan diri.

Tempat Kesembilan: Capricorn
Kepakaran Yang Tidak Disangkakan
Cara Capricorn menunjuk-nunjuk adalah dalam akedemik ataupun pekerjaan. Mereka sengaja mengumumkan keputusan cemerlang mereka supaya orang lain rasa kehebatan mereka. Mereka tidak selalu menunjuk-nunjuk, tapi sekali mereka berbuat demikian mampu menggegarkan orang lain.

Tempat Kesepuluh: Taurus
Segan Dan Malu
Taurus tidak suka menunjuk-nunjuk kerana tidak berkeyakinan dan takut dipersendakan oleh orang lain. Tapi kadang-kadang dalam keadaan di bawah kawalannya, dia juga berani membuat sesuatu yang dikehendakinya.

Tempat Kesebelas: Scorpio
Bosan
Seperti Taurus, Scorpio juga jenis yang tidak suka menunjuk-nunjuk. Sebaliknya apabila telah membuat persediaan yang mencukupi dan peluang yang baik, mereka tidak ragu-ragu menunjukkan kebolehan mereka. Scorpio yang asyik mendiamkan diri sehingga menimbulkan perasaan bosan terhadapnya.

Tempat Keduabelas: Virgo
!00% Kolot
Cara menunjuk-nunjuk Virgo juga adalah sangat memalukan dan segan silu. Mereka tidak meningalkan kesan yang baik kepada sesiapapun.Pemikiran Virgo 100% kolot. Mereka tidak suka akan benda baru atau fesyen terkini. Maka tiada apa yang boleh ditunjukkan oleh Virgo.

No comments:

Post a Comment