Wednesday, June 29, 2011

REAKSI 12 ZODIAK SELEPAS DIHINA

Aries
Aries akan marah dengan berkata: Berani kau hina aku?!” Lepas itu, dia akan memukul orang itu. Malah Aries akan berkata dengan orang yang cuba menghalangnya : “Lepaskan aku! Jangan halang aku!”

Taurus
Taurus tidak kisah dengan kata-kata orang : “Walaupun kau kata aku tak berguna, tapi tak bermakna aku tak berguna!” Kemudian, Taurus akan meninggalkan tempat kejadian seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Gemini
Gemini yang suka berdebat dan suka memberi nasihat akan berkata: “Apabila buat sesuatu perkara mesti ada alasannya. Begitu juga dengan menghina orang. Aku tak kenal kau, kau juga tidak kenal aku. Jadi tak ada alasan kau menghina aku. Malah, menghina orang adalah tidak baik. Kita kena bertindak rasional, tahu sopan santun, jadilah seorang remaja yang baik. Jangan melukakan orang lain....” Orang yang menghina Gemini pasti akan melarikan diri....

Cancer
Pada mulanya, Cancer akan cuba mengawal kemarahannya sehinggalah orang itu menghina ibu bapanya. Maka dia akan meletup seperti gunung berapi.

Leo
Leo yang ego dan penuh berkeyakinan akan berkata: “Bergaduh dengan orang macam kau ni hanyalah menjatuhkan status aku saja.”

Virgo
Virgo dengan tenang dan rasional menganalisis punca orang itu menghina dirinya. Kemudian dengan pantas dalam otaknya diisi dengan 1001 cara untuk membalas dendam. Apabila Virgo dah bersedia untuk menyerang, tidak pasti bila dia akan bertindak, tunggu masa saja...

Libra
Bagaimana pula dengan Libra? Libra menghadapi penghinaan dengan hati yang terbuka, kemudian Libra akan berkata: “Di antara kita pasti ada yang salah faham. Apa kata kita uduk dan berbincang cara baik.” Kemudian, Libra akan mempelawa orang itu pergi makan.

Scorpio
Dengan hati yang tidak puas, Scorpio akan menengking pada orang itu: “Kalau kau berani, cuba ulang sekali lagi?” Kemudian, secara tiba-tiba Scorpio menjadi serius dan berkata: “Aku pasti akan membalas dendam!”

Sagittarius
Sagittarius yang bersikap tenang, perasaan ingin tahu dan aktif. Pasti timbul banyak tanda tanya apabila dihina oleh orang. Sagittarius akan berkata: “Aku tak kenal orang ini, kenapa dia nak menghina aku? Tak masuk akal! Kenapalah aku akan berjumpa dengan orang macam ni?”

Capricorn
Pada mulanya, Capricorn ingin belasah orang itu. Tapi dia masih dapat mengawal dirinya. Capricorn akan melihat muka orang itu dengan teliti kemudian meninggalkan tempat kejadian. Selepas sebulan, orang itu telah diserang oleh orang yang tidak diketahui.

Aquarius
Aquarius pasti akan membalas dendam. Aquarius akan menggunakan cara balas dendam yang tidak pernah digunakan sebelum ini.

Pisces
Pisces yang sensitif akan merasai penghinaan yang dilemparkan keatasnya. Pisces akan menggunakan cara yang salah disisi undang-undang untuk membalas dendam... Malah berangan-angan bahawa polis tidak akan datang menangkapnya.

No comments:

Post a Comment