Wednesday, June 29, 2011

BAGAIMANA 12 ZODIAK MELAFAZKAN CINTA

Aquarius
Bahasa English ialah “I Love You”, bagaimana pula dengan bahasa Perancis? Cara Aquarius mencari cinta umpama sedang mempelajari sesuatu bahasa.

Pisces
“Saya.... saya ingin minum bersama- sama dengan awak...” cara meluahkan rasa hati Pisces selalunya bersifat ingin bermanja-manja apabila melafazkan cinta.

Aries
“Kau milik aku, jadi seumur hidup ini kau kena ikut aku!” cinta yang bertepuk sebelah tangan, ini adalah gaya Aries yang ego.

Taurus
Saya rasa benda ni sangat sesuai dengan awak, saya teringin sangat nak hadiahkan untuk awak!” inilah Taurus yang mementingkan kebendaan dan juga kewangan. Apabila anda masih belum menjadi kekasih, dia tidak akan bermurah hati dengan anda.

Gemini
Bagi saya, di dalam dunia ini sudah tiada gadis yang sempurna, sesuci dan sebaik kau sayangku ...” Lelaki Gemini suka menggunakan kata-kata dan janji-janji manis untuk menyanjungi gadis yang diminatinya. Inilah sifat “PlayBoy” lelaki Gemini.

Cancer
Dengan berhati-hati lelaki Cancer berkata “ Ibu awak mesti seorang jelitawan, rupa awak mirip dengannya.” Lelaki Cancer ialah lelaki yang sangat sayang terhadap ibunya. Oleh itu, dia berkemungkinan lebih minat dengan perempuan yang lebih tua daripadanya.

Leo
“ Wahai cintaku, kau telah jatuh cinta pada ku, maka aku akan berjanji akan menjadikan kau seorang yang paling bahagia dalam dunia ni.” Inilah cara lelaki Leo yang ego dan mementingkan diri yang cuma indah ketika melafazkan cinta, kemudian tinggal kenangan.

Virgo
Lelaki Virgo menggunakan tindakannya untuk melafazkan cinta pada anda. Kita mungkin akan kecewa kerana tiada kata-kata indah dari mulut Virgo, tetapi cuba perhatikan kelakuannya terehadap anda. Virgo akan berbakti kepada anda.

Libra
“ Hari ni awak cantiklah.” Lelaki suka menggunakan kemahiran kata-kata manisnya berserta dengan pujian dan kata-kata yang menyenangkan untuk memikat gadis idamannya. Mana-mana gadis yang tidak suka dengan kata-kata manis dan pujian ( walaupun hanya pembohongannya ) pasti tidak akan terlekat.

Scorpio
Tiba-tiba saja menghadiahkan bunga atau coklat kepada anda. Si dia pula beredar ketika anda masih tengah keliru dan tidak tahu apa yang berlaku. Inilah sifat kemisterian lelaki Scorpio yang mempunyai paras rupa yang dingin namun namun hati umpama hati yang bara.

Sagittarius
“Aku suka dengan awak, mari kita main tennis?” Sagittarius ialah seorang lelaki yang bersifat terus terang dan tidak membelok-belok dengan tujuannya walaupun dalam bab-bab cinta.

Capricorn
“Ini... saya...” Entah apa yang dibisik-bisikkan oleh Capricorn. Selepas memberikan surat cinta pada anda, dia terus cabut diri hingga batang hidung pun tak nampak.

No comments:

Post a Comment