Wednesday, June 29, 2011

BAGAIMANA 12 ZODIAK MENGURUSKAN CINTA 3 SEGI

 Aquarius
Aquarius yang bersikap sambil lewa, suka kebebasan, tidak suka mengira paling takut akan percintaan 3 segi. Walaupun Aquarius pada masa yang sama ingin memiliki percintaan dan persahabatan. Tapi apabila masalah ini timbul, Aquarius akan menjadi tidak bertanggungjawab dengan melepaskan kekasihnya.

Pisces
Pisces sangat mulia dan baik hati. Mereka inginkan aman damaidan ketenangan. Mereka sangat menitik berat akan persahabatan. Maka mereka akan melepaskan percintaan. Apabila balik ke rumah, mereka akan menjadi sangat kasihan kerana kesepian.

Aries
Aries sememangnya zodiak yang dapat membuat keputusan dengan cepat dan tangkas. Mereka tidak suka berlengah-lengah ketika membuat keputusan. Kalau berlaku masalah percintaan 3 segi, dia akan menanya perasaan diri sendiri terhadap si dia. Sekiranya putus cinta, dia pun dapat pulih dengan cepat dan mara ke matlamat yang baru.

Taurus
Taurus pemalu dan lembab. Tapi di belakang pemalu dan lembab itu tersembunyi keikhlasan. Ini adalah kerana Taurus percaya bahawa setiap percintaan mempunyai cabaran dugaan. Apabila terjebak dalam percintaan 3 segi pun, Taurus tidak akan berputus asa dengan begitu saja.

Gemini
Bagi Gemini, kawan adalah sangat penting. Mereka suka hidup berkelompok. Masalah percintaan bukanlah sesuatu yang sukar. Gemini mempunyai penyelesaian untuk menyelesaikan semua jenis masalah percintaan. Ini adalah kerana kawan adalah sumber utama baginya

Cancer
Cancer adalah orang yang sayang akan keluarga. Malah beliau sangat setia akan percintaan. Sekiranya berlaku percintaan 3 segi, Cancer pasti akan menyembunyikan diri terlebih dulu. Ini adalah kerana beliau tidak dapat nak melepaskan si dia kerana beliau terlalu setia akan percintaannya.

Leo
Leo sangat peramah. Walaupun peramah, tapi masih mempunyai prinsip. Leo suka bertanding, berebut, tapi beliau akan menggunakan cara yang adil dan saksama. Sekiranya beliau terpaksa undur dari percintaan segi 3 itu, beliau tetap rasa puas hati kerana sekurang-kurangnya dapat mengekalkan persahabatan.

Virgo
Virgo mempunyai kecekalan yang memeranjatkan orang. Mereka bukan saja cekal malah sangat degil dan keras kepala. Sikap mereka yang tidak mahu kalah hanya melukakan hati diri sendiri saja.

Libra
Libra juga seperti Leo. Libra juga inginkan aman damai. Mereka tidak akan kerana percintaan dan menjejeskan hubungan persahabatan. Sebenarnya Libra hanya memendamkan percintaanya demi kegembiraan orang lain.

Scorpio
Scorpio sangat mementingkan percintaannya. Apabila dia sudah jatuh cinta dengan si dia, dia akan cinta 200%. Tak kira apa cabaran dan dugaan juga tidak akan membuat Scorpio melepaskan cintanya.

Sagittarius
Sagittarius suka akan kebebasan. Maka Sagittarius pasti tidak ingin diikat oleh masalah percintaan. Kekasih dan kawan adalah sama penting bagi Sagittarius. Sekiranya masalah menjadi rumit,dia akan pergi begitu saja.

Capricorn
Capricorn sangat serius dan konservatif orangya. Apabila dia bercinta, maka tiada benda lain yang lebih penting lagi berbanding dengan percintaan. Malah beliau akan berani menentang sekiranya terdapat orang lain yang datang mengacaunya.

No comments:

Post a Comment