Wednesday, June 29, 2011

KEKASIH YANG PALING KEJAM

Scorpio
Tak kira apa jua, Scorpio tidak akan memikirkan perasaan orang lain dan tidak menghiraukan pandangan orang lain terhadapnya. Begitu juga dalam soal cinta. Scorpio tidak akan berkawan dengan bekas kekasihnya lagi selepas berpisah.

Aries
Aries yang ramah dengan anda, tiba-tiba saja akan melayan anda dengan dingin. Sikapnya yang tak stabil menyebabkan anda keliru dibuatnya. Sifatnya yang tidak berhati perut boleh membuatkannya berpisah dengan kekasihnya secara tiba-tiba.

Aquarius
Aquarius akan pergi meninggalkan anda begitu saja. Tak kira anda kekasihnya atau kawan, jangan menaruh harapan bahawa dia akan kembali ke sisi anda lagi. Ini mungkin kerana dia seorang intelek dan memahami kalau dah tak ada perasaan lagi tak usah nak bersama lagi.Ini hanya membazir masa dan tenaga masing-masing saja.

Leo
Semua yang berlaku ada kaitan dengan maruah Leo. Kalau anda menjatuhkan maruahnya, maka hubungan anda sampai di sini sajalah.Anda tak payah nak memujuknya lagi untuk berbaik semula. Sia-sia saja usaha anda.

Taurus
Taurus adalah seorang yang jujur. Dia melakukan semua perkara mengikut keadilan tanpa memasukkan hal peribadi. Apabila nak berpisah dengan kekasihnya, dia pun anggap ia sebagai menjalankan satu tugasan kerja tanpa memasukkan perasaan peribadi.

Capricorn
Capricorn tidak tahu nak menyampaikan perasaan yang tersirat dalam hatinya. Dalam kehidupannya terdapat 2 jenis orang yang nyata dan jelas iaitu sama ada kekasih atau musuh.

Gemini
Gemini boleh lagi berkawan dengan bekas kekasihnya. Malah dia mampu mengalihkan kedudukan kekasihnya kepada kawan biasa. Maka “ kawan biasa “ ini lebih memahaminya dan juga boleh terus memanja dengan mereka.

Virgo
Terdapat banyak zodiac yang kejam dan tak berhati perut. Tapi Virgo mempunyai sifat yang kejam dan tak berhati perut semasa dalam proses perpisahan.Jangan ingat Virgo takakan lepaskan orang yang dicintai dengan begitu mudah. Namun sekiranya dia dah memutuskan berpisah dengan anda , maka dia akan anggap anda ini orang asing malah tak kenal anda langsung.

Cancer
Tak kira dalam apa keadaan, kepakarannya ialah buat-buat tak nampak. Bukannya takut dia ni tak berhati perut. Cuma takut dia ni terlalu setia. Kalau kekasihnya menderhaka, maka dia pasti akan menderita kecuali dia ah ada kekasih baru.

Pisces
Keadaan Pisces lebih dramatik. Tak kira dia telah berpisah atau sudah berpunya namun dia tetap bersama-sama lagi dengan si dia. Kena berhati-hati sedikit dalam soal cinta.

Sagittarius
Sagittarius sukar untuk diikat hatinya untuk setia dengan anda. Dia bukannya kejam, tapi hanya tidak ingin nak membazir masa saja.Bagi Sagittarius, kalau tak dapat menjadi kekasih, apa salahnya menjadi kawan saja.

Libra
Libra memang terkenal dengan sifat yang murah hati dan suka kembali ke kekasih lamanya. Adalah amat sukar Libra nak melakukan perkara yang tak berhati perut dan kejam.

No comments:

Post a Comment