Wednesday, June 29, 2011

INDEKS “LETUPAN” 12 ZODIAK

Gemini
Gemini adalah lambang keamanan dan kedamaian. Ini bukanlah kerana mereka mempunyai hati yang lapang sebaliknya tidak ingin menghabiskan masa untuk perkara yang tidak berguna.

Libra
Selain Gemini, Libra juga simbolik kepada lambang keamanan dan kedamaian. Libra tidak akan melepaskan kemarahan kepada orang lain secara terus terang tetapi dalam diam-diam, dia melepaskan ketidakpuasannya kepada orang lain.

Aquarius
Aquarius seorang yang mementingkan kesopanan dan dia tidak akan bergaduh secara terus-terang dengan orang lain. Tapi AWAS! Jika tahap kesabarannya di tahap maksimum, selagi tiada orang yang menghalangnya belum tentu dia akan melepaskan anda. Dan walaupun Aquarius ini lembap, tapi dia tidak suka orang mendesaknya dan tidak suka dunia peribadinya diterokai.

Leo
Secara keseluruhannya, Leo mempunyai sikap seorang pemimpin dan tidak akan kecil hati terhadap perkara yang temeh. Tapi, jangan anda menjatuhkan maruah dan air mukanya. Demi maruahnya, Leo sanggup 'perang' bermati-matian dengan anda!

Capricorn
Capricorn adalah pemimpin yang semula jadi. Dialah yang akan mengawal keadaan. Dia hanya inginkan keputusan dan tidak menghiraukan proses seterusnya. Anda tidak boleh masuk campur dalam urusannya. Dia akan meletup cara diam-diam terhadap anda sehinggalah anda sengsara.

Aries
Semua orang akan ingat Arieslah yang panas baran. Sebenarnya Aries tidak mudah murah terhadap orang lain. Kecuali anda yang mulakannya. Jadi apabila anda melihat Aries diam saja dan kepalanya mula berasap, lebih baik anda melarikan diri. Sekiranya masa ini anda tersilap cakap maka habislah anda.

Sagittarius
Sagittarius yang cergas dan aktif tetapi selalu terlupa untuk menghormati antara satu sama lain. Dia boleh terima pendapat yang ganjil tapi tidak dapat terima orang tiada pendirian diri dan tidak menumpukan perhatian ketika kerja. Sekiranya dia mengamuk, maka semua orang akan turut terjejas.

Cancer
Cancer yang mempunyai perasaan yang halus dengan kasih sayang. Jadi, dia akan menjaga kawan-kawannya dengan amat baik sekali. Jangan anda mengata dia kuat membebel. Dia tidak akan bertengkar dengan anda, tapi dengan perlahan-lahan dia akan 'menghukum' anda.

Virgo
Virgo sememangnya suka mengorbankan diri sendiri demi orang lain. Sekiranya anda bersama-sama dengan orang ini, kehidupan anda kenalah tertib.jika tidak, anda pasti diliputi oleh api kemarahan yang membara!

Taurus
Taurus mudah tersinggung hati dengan perkara yang remeh-temeh. Tapi sebenarnya Taurus adalah rakan seperjuangan yang sangat baik. Sebab dia sanggup melakukan kerja-kerja yang sukar. Tapi jangan pula anda mengambil kesempatan terhadap dia. Taurus tidak suka akan orang yang buat kerja setengah jalan.

Scorpio
Semua orang takut akan Scorpio. Ini kerana di atas muka Scorpio tertera tulisan “Jangan kacau aku”. Scorpio adalah orang yang tegas dan tidak akan membenarkan diri sendiri menanggung sengsara. Maka anda kena berhati-hati ketika berhadapan dengan Scorpio.

Pisces
Dalam 12 zodiak, Pisces adalah zodiak yang paling misteri. Pisces mempunyai kesabaran yang amat tinggi dan sanggup mengakui kesalahannya. Namun panas baran Pisces juga adalah yang tertinggi.ini adalah kerana Pisces suka berangan-angan dan melakukan kerja yang tidak rasional dan menimbulkan masalah kepada orang lain. Masalah yang besar ialah Pisces tidak pernah menganggap impiannya tidak mungkin tidak dapat dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment